14 Ogo 2018

Buku Biografi "Chairil Anwar"

Biografi "Chairil Anwar" oleh Hasan Aspahani.


Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya apabila membaca buku adalah 'menakjubkan'. Hasan Aspahani bijak meletakkan kisah kehidupan Chairil Anwar dalam buku seolah-olah kita melalui kisah itu atau kita berada pada zaman tersebut. Penulisan ini bermula dengan konflik yang berlaku dengan penangkapan Chairil oleh polis. Penangkapan disebabkan oleh minat membaca Chairil. Malah ketika ditangkap, beliau sedang membaca buku "Layar Terkembang" karya Sutan Takdir Alisjahbana. Hasilnya, lahirlah Chairil yang berjuang menentang Belanda melalui penulisan. 



Buku "Chairil Anwar" ini mengupas kisah kehidupan Chairil Anwar dengan begitu teliti. Setiap peristiwa mempunyai dialog-dialog bagi menghidupkan suasana pada masa itu. Ayah Chairil merupakan karyawan di kantor Belanda dan mempunyai kedudukan yang tinggi pada ketika itu. Chairil dibesarkan dengan penuh kemewahan dan kasih sayang. Oleh yang demikian, Chairil mendapatkan pendidikan di sekolah Belanda. Ini membolehkan beliau bertutur dalam bahasa Belanda dengan baik.

Penghijrahan Chairil ke Batavia telah mengubah pemikiran Chairil terhadap penjajahan Belanda di Indonesia. Tambahan beliau bergaul dengan Sutan Sjahrir yang pernah ditahan oleh Belanda. Persahabatannya dengan Sutan Sjahrir telah melahirkan Chairil Anwar yang baharu. Chairil Anwar yang lebih kritis dan berani menentang Belanda melalui penulisan. 

Sajak Chairil Anwar yang bertajuk "Aku' memberi kesan dan semangat kepada perjuangan Indonesia menentang Belanda dan Jepun.

Aku!
Kalau sampai waktuku
Kumau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka  dan bisa kubawa berlari
berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.


Akhir sekali, buku ini bagus untuk diteliti dan dibaca oleh peminat sastera dan juga penulis yang tercari-cari semangat untuk memulakan penulisan. Kehidupan Chairil Anwar, anak seorang controluer Belanda berakhir dengan duka dan derita.

Secara ringkasnya. buku ini berbaloi dibaca dan dimiliki.


7 Okt 2015

Bengkel Perumian Jawi

Semalam saya telah menghadiri Bengkel Perumian Jawi anjuran Klasika Media - Akademi Jawi Malaysia di Bandar Seri Putra. Sebenarnya saya telah beberapa kali ingin menghadiri bengkel ini, namun tidak berkesempatan atas urusan kerja. Akhirnya, saya berjaya menghadiri bengkel ini.

Ketika saya sampai di Klasika Media jam 8.45 pagi, pejabat masih belum dibuka. Hati saya terdetik bahawa program ini dibatalkan. Saya menunggu sehingga jam 9.00 pagi. Saya menghubungi Cikpuan Norziati dan saya dimaklumkan bengkel ditunda ke 18hb Oktober 2015. Oleh kerana, saya telah berada di sana, beliau meminta saya menunggu Encik Syukri. Rupa-rupanya berlaku kekeliruan dari segi pendaftaran. Saya mendaftar pada pagi Isnin dan satu-satunya peserta yang mendaftar. Pihak Klasika Media tidak perasan dan menganggap tiada peserta yang mendaftar. Atas persetujuan bersama, Tuan Syukri menjalankan juga bengkel ini. 



Kenapa saya menghadiri bengkel ini?

Saya dapati bengkel ini cukup bermanfaat bagi penyelidik dan peminat budaya dan sejarah di dalam menjalankan penyelidikan. Buku-buku lama ditulis di dalam tulisan jawi di mana ada ketikanya agak sukar untuk dibaca. Bengkel telah mengajar saya kaedah-kaedah membaca tulisan jawi yang sukar terutamanya perkataaan-perkataan Inggeris dan nama-nama Inggeris. Cukup berbaloi untuk dihadiri.


Saya telah mengambil peluang untuk melakukan perumian kitab lama yang tiada lagi di pasaran iaitu 'Kitab Tarikh Surattkhabar' tulisan Cikgu Muhammad bin Dato Muda. Kitab ini milik peribadi saya. Pihak Klasika Media bersetuju untuk membantu di dalam proses perumian ini untuk disebarkan bagi rujukan orang ramai.




--------------------------------

Promosi sempana Awal Muharram 1437Hijrah. Jangan lepaskan peluang. Klik PROMOSI TAHUN BARU HIJRAH

21 Sep 2015

Koleksi Buku

Kegilaan saya adalah mengumpul buku-buku lama terutamanya genre sejarah. Kini saya mempunyai koleksi nadir buku-buku sejarah terbitan 1823. Buku-buku ini saya temui ketika saya menjalankan kajian mengenai sejarah tempatan. Ada juga buku-buku yang dihadiahkan oleh pemilik buku. Tidak kurang juga buku-buku yang ingin dilupuskan oleh agensi yang berkenaan. 

Ia memberi kepuasan apabila dapat memiliki buku-buku tersebut. 

Singapore
Peta Singapura 1927

Malacca
Peta Melaka 1937
Antara koleksi yang menjadi buruan peminat-peminat buku adalah Hikayat Faridah Hanom tulisan Syed Ahmad Al Hadi. Buku ini saya perolehi pada tahun 1995.

Hikayat Farida Hanom
Queen Elzabeth II
Coronation of Queen Elizabeth terbitan Straits Time Singapore


Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah versi Indonesia


Hikayat Abdullah versi Indonesia merupakan cetakan Amsterdam. Pada mulanya, ia dimiliki oleh aruah bapa saudara saya yang menuntut SITC Tanjung Malim pada tahun 1955. Malangnya, beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat kemalangan motorsikal.

Kaedah lain saya mendapatkan buku-buku lama ialah melalui jualan lelong di kedai-kedai buku. Biasanya kedai buku akan menjual buku-buku lama dengan harga yang begitu murah. Walaupun ia lama, buku-buku tersebut mempunyai nilai dan masih boleh dugunakan sebagai rujukan.

Kini minat membaca dan mengumpul diwarisi oleh anak-anak saya. Kegilaan mereka apabila berada di kedai buku tidak boleh dikawal. Pasti akan ada buku-buku yang dibeli. Malah, walaupun bermain di waktu petang, pasti sebuah buku akan dibawa bersama.


---------------  

Bagi peminat-peminat buku, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tawaran menarik PTS sehingga 50%. Anda tidak perlu ke kedai buku. Hanya di hadapan komputer anda boleh mendapatkan buku pilihan anda. Jangan lepaskan peluang. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.




20 Sep 2015

Tawaran Istimewa Buku PTS

Tawaran meleleh? Biar betul?


Bookcafe menawarkan tawaran meleleh bagi buku-buku terpilih terbitan PTS sehingga 50. Jangan lepaskan peluang.

Sekarang cukup mudah untuk beli buku. Tidak perlu ke kedai buku.

Klik laman Bookcafe. Pilih buku yang ingin dibeli.

Mudahkan.

Mari kita membentuk generasi membaca.