26 Sep 2009

Buku "Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan"





Judul : Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan
Penulis : Norhalim Ibrahim
Penerbit : Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Mukasurat : 313


Sinopsis 

Istiadat perkahwinan yang dijalankan oleh pengamal Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Istiadatnya adalah unik di mana di sebalik keunikannya tersirat falsafah dan perjalanan adatnya.  Ini menjadikan istidat tersebut amat simbolik dan harmonis. Perbilangan dan kata-kata adat yang mempunyai maksud yang tersirat dan indah dari segi bahasa sering digunakan . Sebagai contoh kata-kata perbilangan yang sering digunakan ketika proses peminangan dijalankan :


Hajat kami ini :
Kok tinggi gunung 
tinggi lagi hajat kami
kok dalam lautan 
dalam lagi hajat kami


Kata orang, bila mengadakan anak :

Kok lelaki serahkan mengaji
Kok perempuan serahkan menjahit
sombong pada emaknya
megah pada ayahnya


Dalam demikian itu, lama-kelamaan :
mengaji pun sudah tamat
menyulam menjahit pun sudah pandai
maka diserulah pula untungnya


Adapun untuk anak lelaki
dicari-carikan
untuk si perempuan
dinanti-nantikan

Dalam melaksanakan adat istiadat perkahwinan, masyarakat Adat Negeri Sembilan mempraktikkan konsep dan nilai yang menjadi tunjang kepada keseluruhan perjalanan sistem Adat Perpatih. Konsep yang dimaksudkan ialah muafakat, kebulatan serta persefahaman, kerjasama, gotong royong dan sebagainya. Setiap aktivit dijalankan bersama tanpa pengecualian walaupun seorang ahli keluarga. Secara ringkasnya istiadat perkahwinan Negeri Sembilan menggambarkan keutuhan dan kekuatan persatuan dan kesatuan ahli-ahlinya serta keharmonian masyarakatnya.


Bulat air dek gopong
Bulat manusia dek muafakat


Penghulu beraja ke muafakat
muafakat beraja kepada yang benar


Ibu hukum muafakat
ibu adat muafakat.


Nan jauh dijemput
nan dekat dikampungkan
hilang dicari 
cicir dipungut


KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN


BAB 2 KONSEP PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT


BAB 3 PERATURAN PERKAHWINAN ADAT


BAB 4 PROSES PINANG MEMINANG


BAB 5 PERSEDIAAN ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN


BAB 6 JENIS-JENIS OLEK


BAB 7 PERKAHWINAN OLEK LEMBAGA


BAB 8 HARI BERTANDANG ATAU HARI MENYALANG


BAB 9 ISTIADAT MENIKAN JEJAK


BAB 10 ISTIADAT UNJUK BERI


BAB 11 PERKAHWINAN OLEK BUAPAK


BAB 12 PERKAHWINAN OLEK BIASA


BAB 13 PERKAHWINAN TAK LAZIM


BAB 14 ADAT NIKAH GANTUNG


BAB 15 ADAT NIKAH JANDA


BAB 16 KONSEP ORANG PERSEMENDAAN DAN TEMPAT SEMENDA


BAB 17 ADAT BERERAI


BAB 18 GANTI TIKAR


BAB 19 PRINSIP TEMPAT TINGGAL


BAB 20 PENUTUP 


GAMBAR


BIBLIGRAFI


Harga : RM50.00 (+ 5 Kos Penghantaran)

UNTUK TEMPAHAN, SILA KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan