7 Okt 2015

Bengkel Perumian Jawi

Semalam saya telah menghadiri Bengkel Perumian Jawi anjuran Klasika Media - Akademi Jawi Malaysia di Bandar Seri Putra. Sebenarnya saya telah beberapa kali ingin menghadiri bengkel ini, namun tidak berkesempatan atas urusan kerja. Akhirnya, saya berjaya menghadiri bengkel ini.

Ketika saya sampai di Klasika Media jam 8.45 pagi, pejabat masih belum dibuka. Hati saya terdetik bahawa program ini dibatalkan. Saya menunggu sehingga jam 9.00 pagi. Saya menghubungi Cikpuan Norziati dan saya dimaklumkan bengkel ditunda ke 18hb Oktober 2015. Oleh kerana, saya telah berada di sana, beliau meminta saya menunggu Encik Syukri. Rupa-rupanya berlaku kekeliruan dari segi pendaftaran. Saya mendaftar pada pagi Isnin dan satu-satunya peserta yang mendaftar. Pihak Klasika Media tidak perasan dan menganggap tiada peserta yang mendaftar. Atas persetujuan bersama, Tuan Syukri menjalankan juga bengkel ini. 



Kenapa saya menghadiri bengkel ini?

Saya dapati bengkel ini cukup bermanfaat bagi penyelidik dan peminat budaya dan sejarah di dalam menjalankan penyelidikan. Buku-buku lama ditulis di dalam tulisan jawi di mana ada ketikanya agak sukar untuk dibaca. Bengkel telah mengajar saya kaedah-kaedah membaca tulisan jawi yang sukar terutamanya perkataaan-perkataan Inggeris dan nama-nama Inggeris. Cukup berbaloi untuk dihadiri.


Saya telah mengambil peluang untuk melakukan perumian kitab lama yang tiada lagi di pasaran iaitu 'Kitab Tarikh Surattkhabar' tulisan Cikgu Muhammad bin Dato Muda. Kitab ini milik peribadi saya. Pihak Klasika Media bersetuju untuk membantu di dalam proses perumian ini untuk disebarkan bagi rujukan orang ramai.




--------------------------------

Promosi sempana Awal Muharram 1437Hijrah. Jangan lepaskan peluang. Klik PROMOSI TAHUN BARU HIJRAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan