28 Sep 2009

Buku "Inventori Rumah Tradisional Luak Tanah Mengandong"




Judul : Rumah Tradisional Luak Tanah Mengandong : Kajian Inventori Rumah Bumbung Panjang

Penulis : Raja Nafida binti Raja Shahminan

Penerbit : Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Mukasurat : 80


Sinopsis

Negeri Sembilan kaya dengan budaya Adat Perpatih tidak ketinggalan dari sudut senibina rumah tradisionalnya. Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan dapat dibezakan dari kelentikan bumbungnya jika dibandingkan dengan rumah bumbung panjang tradisional dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, tahap kelentikan bumbung tersebut tiaklah menjadikannya bergonjong seperti rumah-rumah Minangkabau di Sumatera.

Rumah tradisional ini dibina menggunakan kayu sepenuhnya dan ada diantaranya dibina dengan begitu teliti tanpa menggunakan walaupun sebatang pun paku besi. Seni pertukangan menggunakan putting, pasak dan tanggam diaplikasikan dengan penuh seni. Tidak hairanlah sekiranya rumah-rumah tradisional ini mudah dibuka pasang atau terus diangkat untuk dialihkan le lokasi yan lain.


KANDUNGAN 

BAB 1 SEKAPUR SIREH

BAB 2 SEULAS PINANG

BAB 3 SEINDAH RASA

BAB 4 LINGKUNGAN SERI MENANTI

BAB 5 LUAK GUNUNG PASIR

BAB 6 LUAK ULU MUAR

BAB 7 LUAK INAS

BAB 8 LUAK JEMPOL

BAB 9 LUAK TERACHI

BIODATA PENULIS


Harga : RM40.00 (+ 5 Kos Penghantaran) 


UNTUK TEMPAHAN, SILA KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan