16 Mei 2011

Satu Minggu Satu Buku : Novel 'Isabella'


Judul : Isabella
Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Penterjemah : Dato' Abdullah Hussain
Penerbit : Pelima Media Sdn Bhd

Mukasurat : 272




Sinopsis

Segala puji-pujian kepada ALLAH, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ka dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada ALLAH yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi.


Bapaku yang dihormati,


Ketahuilah bapa bahawa saya telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara ringkas, maka dibawah ini saya perturunkan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapaku :

1. Dalam Islam, ALLAH itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa jua. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut ALLAH itu tunggal. Dia tidak beranak dan tiak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita mahu menyebut satu persatu akan segala kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran. 

2. ...............





Luahan hati Isabella kepada bapanya setelah berjaya melarikan diri daripada tahanan dan seksaan paderi Kristian. Kehidupannya sebagai puteri ketua paderi besar Cordoba tidak pernah mematikan hatinya untuk mencari kebenaran dan kesempurnaan kehidupannya. Pertemuan secara tidak sengaja antara Isabella dan Umar Lahmi telah membuka hati Isabella terhadap Islam walaupun menerima seksaan dan cercaan orang kristian Cordoba. Kesabaran dan keimanannya telah menjadi Isabella seorang yang dihormati dan disanjungi di mana beliau telah mengabdikan dirinya kepada Islam sepanjang hayatnya.

Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya. Menjadi puteri kepada ketua paderi besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap 'signal-signal kebenaran hakiki. Ikuti kisah hidupnya, dilimpah hidayah dan bertemu Islam sebagai satu cara hidup yang mengisi puas akal dna jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah berharga untuk pencinta Islam dan kedamaian.



Harga : RM16.00 (Bayaran Pos RM5.00)


UNTUK TEMPAHAN, SILA KLIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan