11 Apr 2014

Buku " Teromba Pengacaraan Majlis"


Judul : Teromba Pengacaraan Majlis

Penulis : Prof Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin

Penerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd

Mukasurat : 419 

Sinopsis 

Mangkuk pun ia pinggang pun ia
Pecah di mana nak diletakkan
Datuk ia Tuan pun ia
Mana sembah nak diletakkan
Saya ini bak kata orang
Tanah bar belukar muda
Umur belum setahun jagung
Darah baru setampuk pinang
Kok berjalan saya belum jauh
Kok pendapat belum luas
Jadi saya ini
Ibaratkan belalang janjung
Nak menjunjung buluh runcing
Nak memikul bahu runtuh
Jadi ibarat pasangan kerbau
Pasang diikat tengkuk
Jadi terpaksalah dielak juga
Tidak ada mana sangat
Ibarat kita pergi ke huma

 


Dalam urusan seharian, ada ketikanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis yan akan dilangsungkan di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, majlis makan malam dan sebagainya. Sebahagian besar individu beranggapan tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang mudah. Namun begitu, tugas pengacara majlis bukanlah semudah yang disangkakan. Ini adalah kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesuatu majlis itu bergantung pada pengacara majlis. Sekiranya pengacara majlis tidak mampu mengendalikan sesuatu majlis menyebabkan kelancaran majlis terjejas dan terganggu maka tetamu akan merasa bosan. Akhirnya, tuan rumah atau penganjur akan mendapat nama yang tidak baik dan menanggung malu. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting. 


Penggunaan kata-kata adat, pepatah-petitih dan pantun menambahkan lagi keindahan pengacaraan majlis yang dikendalikan oleh pengara majlis. Pengacara majlis perlu mengetahui dimanakan penggunaan kata-kata adat yang disesuaikan mengikut situasi perjalanan majlis. Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa menjadikan idea dan pemikiran yang ingin disampaikan terasa begitu halus dan tajam. Ini menyebabkan tetamu merasa seronok dan majlis yang berlangsung bertambah ceria dan menarik.

Buku  ini menerangkan asas-asas pengacaraan majlis, amalan protokol yang perlu diketahui oleh pengacara majlis, kaedah-kaedah orang Melayu menjaga dan membentuk suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan